Teks ucapan dimulakan dengan mengucapkan tahniah kepada semua pegawai dan kakitangan baru terdiri daripada lelaki dan perempuan yang mana seramai 45 orang calon yang terbaik telah pun diambil berkhidmat dengan Jabatan ini daripada seramai 1,700 orang calon yang telah ditemuduga.
Beliau menyarankan supaya kakitangan baru ini akan mempertingkatkan daya usaha budaya kerja bagi menimba pengalaman dan membantu perlaksanaan dan pengurusan Jabatan ini dengan lebih efisen dan teratur. Selanjutnya, beliau menasihati agar pegawai dan kakitangan baru bertanya kepada pegawai dan kakitangan yang berpengalaman jika kurang faham sesuatu kerja yang akan dibuat. Beliau juga mengingatkan supaya pegawai dan kakitangan yang baru agar menjauhkan diri daripada dadah dan bergiat aktif dalam apa jua aktibiti yang berkebajikan dianjurkan oleh Jabatan ini seperti dalam bidang keagamaan maupun dalam bidang sukan sama ada diperingkat Daerah atau Negara demi mengharumkan dan mempertabatkan imej Jabatan amnya.
Beliau mengakhiri teks ucapan beliau dengan memaklumkan bahawa mulai 1hb. Jun, 2008 kempen anti-merokok akan di kuatkuasakan di Jabatan Kerja Raya, Kuala Belait termasuk merokok dikawasan koridor-koridor Jabatan. Di kesempatan ini juga, Tuan Penolong Pengarah juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada ahli jawatankuasa yang telah mengungkayahkan dan memastikan majlis tersebut berjalan dengan lancar.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan