Selasa, April 29, 2008

Lawatan DDG ke JKR, Kuala Belait

Sabtu, 26 April 2008 - Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya, Kementerian Pembangunan, Yang Mulia Tuan Haji Suhaimi Bin Haji Gafar berkenan membuat lawatan kerja ke Jabatan Kerja Raya, Kuala Belait sebagai sebahagian daripada siri lawatan beliau ke Jabatan Kerja Raya di Daerah Belait. Kedatangan beliau telah di sambut oleh Awg Chua Pheng Keong, Penolong Pengarah Kerja Raya, Kuala Belait dan pegawai-pegawai kanan yang lain.

Tujuan beliau mengadakan lawatan ke Jabatan ini di antaranya ialah untuk menyampaikan yang mana mulai 1 April, 2008 Jabatan Kerja Raya, Kuala Belait dan Tutong akan bernaung di bawah pemantauan Timbalan Ketua Pengarah, yang mana perkara ini adalah salah satu hala tuju Jabatan Kerja Raya, Kuala Belait dalam mana pengurusan dan pentadbiran serta struktur organisasi Jabatan akan di kendalikan oleh Jabatan Kerja Raya, Kuala Belait itu sendiri tanpa melalui Pengarah Perkhidmatan Bangunan lagi pada masa akan datang.

Di samping itu juga beliau membukakan pendapat dan berinteraksi dengan pegawai-pegawai serta kakitangan beliau untuk mengusulkan pandangan mengenai dengan isu-isu kerja untuk di kemaskini dan di selaraskan mengikut ke sesuaian masa, sama ada dalam waktu yang terdekat maupun dalam jangka masa yang panjang.

Dari itu beliau menyarankan supaya pegawai dan kakitangan Jabatan Kerja Raya, Kuala Belait dan Tutong supaya bekerja rapat demi untuk mempertingkatkan prestasi serta keupayan Jabatan ini akan terus menjana dalam mengurus dan mentadbir Jabatan ini dengan lebih berkesan dan dedikasi sehingga Jabatan ini nanti akan mempunyai Pengarahnya sendiri insyallah.