Khamis, Mei 29, 2008

Majlis Suai Kenal

Khamis 29 Mei, 2008 - Majlis suai kenal bagi pegawai dan kakitangan yang baru bekhidmat di Jabatan Kerja Raya, Kuala Belait telah diadakan di kawasan lobi, Jabatan Kerja Raya, Kuala Belait bermula jam: 11.00 pagi. Tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Chua Pheng Keong, Penolong Pengarah Kerja Raya, Kuala Belait.

Teks ucapan dimulakan dengan mengucapkan tahniah kepada semua pegawai dan kakitangan baru terdiri daripada lelaki dan perempuan yang mana seramai 45 orang calon yang terbaik telah pun diambil berkhidmat dengan Jabatan ini daripada seramai 1,700 orang calon yang telah ditemuduga.

Beliau menyarankan supaya kakitangan baru ini akan mempertingkatkan daya usaha budaya kerja bagi menimba pengalaman dan membantu perlaksanaan dan pengurusan Jabatan ini dengan lebih efisen dan teratur. Selanjutnya, beliau menasihati agar pegawai dan kakitangan baru bertanya kepada pegawai dan kakitangan yang berpengalaman jika kurang faham sesuatu kerja yang akan dibuat. Beliau juga mengingatkan supaya pegawai dan kakitangan yang baru agar menjauhkan diri daripada dadah dan bergiat aktif dalam apa jua aktibiti yang berkebajikan dianjurkan oleh Jabatan ini seperti dalam bidang keagamaan maupun dalam bidang sukan sama ada diperingkat Daerah atau Negara demi mengharumkan dan mempertabatkan imej Jabatan amnya.

Beliau mengakhiri teks ucapan beliau dengan memaklumkan bahawa mulai 1hb. Jun, 2008 kempen anti-merokok akan di kuatkuasakan di Jabatan Kerja Raya, Kuala Belait termasuk merokok dikawasan koridor-koridor Jabatan. Di kesempatan ini juga, Tuan Penolong Pengarah juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada ahli jawatankuasa yang telah mengungkayahkan dan memastikan majlis tersebut berjalan dengan lancar.


Kakitangan baru dan pegawai-pegawai kanan JKR, Kuala Belait sedang menikmati jamuan selepas majlis berakhir

Kakitangan baru bersalam-salaman dengan pegawai-pegawai kanan JKR, Kuala Belait

Tetamu kehormat Awg Chua Pheng Keong sedang menyampaikan ucapan

Majlis di mulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah yang dipimpin oleh Awg Mohd Jubri Bin Hj Asnawi
Kakitangan baru sedang menunggu ketibaan tetamu kehormat

Isnin, Mei 05, 2008

Lawatan Ke Tapak Binaan Bagi Pekerja-Pekerja JKR Baru

Sabtu 3 Mei, 2008 - Seramai 10 orang pekerja baru Jabatan Kerja Raya, Kuala Belait yang telah ditempatkan di Unit Bangunan telah pun di bawa melawat ke tapak projek pembinaan Bangunan-Bangunan Kerajaan bagi memperkenalkan tatacara pengendalian dan pengawasan projek-projek yang di kendalikan oleh Jabatan ini.

Di samping memberikan taklimat serba ringkas berhubung dengan penggunaan bahan-bahan binaan yang perlu di ambil tahu oleh pengawas ke atas projek yang telah di mandatkan untuk di pantau sehinggalah perlaksanaannya siap di bina.

Memperlihatkan Tuan Penguasa Bangunan, Awg Latip Hj Ahmat memberikan penerangan kepada pekerja pekrja JKR, baru mengenai dengan hal ehwal projek tersebut.