Sabtu, Mac 22, 2008

Perarakan Maulidur Rasul

Khamis, 20 Mac 2008 - Jabatan Kerja Raya, Kuala Belait menghantar seramai kira-kira 250 orang termasuk pegawai dan kakitangan bagi menyertai perarakan mengelilingi pekan Belait sempena sambutan Maulidur Rasul yang bermula dan berakhir di Padang Bandaran, Kuala Belait.

Tuan Chua Pheng Keong, Penolong Pengarah Kerja Raya, Kuala Belait juga turut serta semasa perhimpunan Maulud Nabi Muhammad SAW di Padang Bandaran, pada pagi tersebut. Laluan perjalanan perarakan pada tahun ini telah di panjangkan jauhnya daripada tahun-tahun yang sudah iaitu kira kira 4.5 km. Walauapapun keadaannya semua peserta tidak mengeluh malah mereka dengan penuh rasa semangat serta taat menghayati dan mengamalkan ajaran yang di bawa baginda Rasulullah SAW dalam menegakkan syiar Islam.






Perarakan bemula berjalan lalu membawa sepandok yang di dahului oleh Pg Hamzah dan Hj Abd Rahman


Memperlihatkan perarakan berjalan lalu melintasi Taman Jubli terus melintasi bangunan Rumah Persinggahan Kerajaan, Kuala Belait.


Memperlihatkan Awg Daud Chee dan Dyg Siti Khadijah sedang mengatur dan menyusun bagi menyediakan makanan dan minuman kepada peserta-peserta perarakan JKR, Kuala Belait setelah menamatkan perarakan itu nanti.

Tuan Media sedang berehat setelah keletihan berjalan pantas sejauh kira kira 4.5 km.

Selasa, Mac 18, 2008

Latihan Zikir Syarafil Anam

Isnin, 17 Mac 2008 - JKR, Kuala Belait melalui Sesi Badan Agama akan menyertai peraduan Zikir Syarafil Anam yang akan di adakan pada Hari Selasa 18/03/2008 bertempat di kawasan lapang Tudung Saji Kuala Belait, bermula kira kira jam 8.30 malam.

Seramai 8 orang kakitangan perempuan JKR, Kuala Belait yang akan menyertai peraduan itu nanti yang di ketuai oleh Dyg Hajah Sahrani Binti Haji Narawi. Gambar memperlihatkan pasukan perempuan mengadakan latihan yang di pimpin oleh Tuan Imam Ustaz Haji Ibrahim bin Dollah bertempat di kawasan lobi JKR, Kuala Belait.


Sabtu, Mac 15, 2008

Pemasangan Kelengkapan

Khamis 13 Mac, 2008 - Penglibatan Jabatan Kerja Raya, Kuala Belait menyediakan kelengkapan dan peralatan rangka khemah di Padang Bandaran, Kuala Belait untuk orang awam semasa perhimpunan dan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul yang akan di adakan pada Hari Khamis 20 Mac, 2008.

Kerja-kerja pemasangan telah di ketuai oleh Awg Inche Ahmad Bin Hj Baha, Pengawas Tingkat Khas dan di bantu oleh tenaga-tenaga kerja dari unit Bangunan B1, B2, B3 dan B4. Kerja pemasangan telah selesai dilakukan pada hari tersebut juga.



Rabu, Mac 12, 2008

Latihan Nasyid

Jabatan Kerja Raya, Kuala Belait akan menghantar dua pasukan (lelaki dan perempuan) bagi penyertaan nasyid sempena sambutan malam Maulidur Rasul bertempat di kawasan lapang Taman Tudung Saji Kuala Belait yang akan diadakan pada hari Jumaat, 14 Mac 2008 jam 8:00 malam.



Pasukan lelaki sedang giat membuat latihan menghafal lirik nasyid yang akan dipersembahkan nanti.


Pasukan perempuan juga tidak ketinggalan berganding bahu mengadakan latihan yang sama untuk dipersembahankan semasa sambutan malam Maulidur Rasul itu nanti.

Ahad, Mac 09, 2008

Ahli-Ahli Jawatankuasa Badan Agama Jabatan Kerja Raya, Kuala Belait bagi tahun 2008 - 2010

PENASIHAT: AWG ABU BAKAR BIN HJ AWG MOHD SALLEH ( SKB )

PENGERUSI: AWG AHMAD JUBRI BIN HJ ASNAWI
TIMBALAN PENGERUSI: AWG HJ MOHD ARSAT BIN HJ LAMAT

SETIAUSAHA: AWG ABDUL RASHID BIN HJ HAMDAN
PEN.SETIAUSAHA: AWG HJ HASSAN BIN HJ MATYASSIN

BENDAHARI: DYG NORAIN BINTI MOHAMMAD
PEN.BENDAHARI: DYG IMAH FARIZAH BINTI ANUAR

PENGURUS KELENGKAPAN: AWG LATIP BIN HJ AHMAT
PEN.PENGURUS KELENGKAPAN: AWG HJ MOHD NORNISIAH BIN ABDULLAH

PENGURUS PERHUBUNGAN: AWG MOHD ABDULLAH BIN HJ A.A MOHD HANEEFA
PEN.PENGURUS PERHUBUNGAN: AWG AZHAR BIN HJ ABD RANI

PENGURUS KENDERAAN: PG HAMZAZ BIN PG HJ OMARALI

PENGURUS PERHIASAN/REKABENTUK: DYG HJH MASRINA BINTI HJ AWG DAMIT
PEN.PERHIASAN/REKABENTUK: AWG HJ ZAINAL BIN HJ ZAMAN

PENGURUS PROGRAM/JEMPUTAN: DYG HJH KALSUM BINTI LATIF

PENGURUS JAMUAN: AWG AFFANDY BIN MOHD MORSHIDI
PEN.PENGURUS JAMUAN: DYG SITI NORKHADIZAH BINTI ABDULLAH

PENGURUS MEDIA: AK NAZRUL ARIF BIN PG DATO PADUKA HJ MD ZIN
PEN.PENGURUS MEDIA: AWG DAUD BIN JUMAT

PENGURUS AKTIBITI: AWG NOORAZLEE BIN HJ RAMLEE
PEN.PENGURUS AKTIBITI: DYG HJH NORAIN BINTI HJ MD JAMUDIN

JURUGAMBAR: AWG BOHARI BIN HJ SABLI
PEN.JURUGAMBAR: AWG JEFFRIE LEE BIN ABDULLAH

AHLI-AHLI JAWATANKUASA KERJA:-
AWG OMAR BIN ALI
AWG MOKTAR BIN JUDIN
AWG SUFRI BIN SIGAI
AWG HARIS BIN HJ ABD RAHMAN
AWG DAUD BIN CHEE
AWG MOHD BAZLEE BIN HJ MD ZAIM
AWG HAZIQ HIDAYATULLAH BIN ABDULLAH
DYG HJH MARIAM BINTI HJ AWG DAMIT
DYG KHAIRUNNISA QURRATUL AINI BINTI ABDULLAH