
Khamis, 21 Februari 2008 - Jabatan Kerja Raya, Kuala Belait, melalui Badan Agama,telah bersidang buat pertama kalinya pada tahun 2008 bagi pembubaran ahli jawatankuasa lama dan di mesyuarat tersebut juga di selajurkan melantik ahli jawatankuasa baru bagi Sesi 2008 - 2010.
Badan Agama Jabatan Kerja Raya, Kuala Belait telah di tubuhkan hampir 8 tahun bermula tahun 2000 hingga ke hari ini yang di Pengerusikan oleh Awg Abdullah Bin Haji A.A Haneefa. Alhamdullilah, seterusnya perlantikan ahli jawatankuasa baru telah pun sempurna di laksanakan dimana Awg Ahmad Jubri Bin Haji Asnawi menjadi Pengerusi baru Badan Agama, Jabatan Kerja Raya, Kuala Belait bagi Sesi 2008 - 2010.

Awg Abdullah bin Hj A.A Haneefa


Awg Ahmad Jubri bin Haji Asnawi sedang memberi ucapan di atas perlantikan beliau
